Mawarsoft Sales 
Whatsapp (6019) 7100696 (Whatsapp Only)
admin@srcsb.com

Mawarsoft Sales adalah perisian untuk terminal jualan runcit. Fungsi utamanya adalah untuk merekodkan jualan dikaunter dan mengeluarkan bil kepada pelanggan.

Bagi membolehkannya berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada perisian lain, Mawarsoft Sales juga dilengkapi fungsi untuk merekod dokumen belian yang diterima dari pembekal seperti bil tunai dan invois pembekal, nota terimaan barang dan sebagainya. Perisian ini juga bertindak sebagai pengurus inventori di mana ia digunakan untuk mendaftar produk jualan, merekodkan stok keluar dan masuk dan membuat pelarasan kuantiti stok jika perlu. Pelekat kod bar untuk barangan juga boleh dicetak terus dari perisian ini.

Mawarsoft Sales akan merekodkan entri perakaunan secara automatik untuk setiap dokumen yang dikeluarkan. Ini memastikan akaun-akaun yang terlibat seperti akaun jualan, belian, penghutang dan pemiutang sentiasa dikemaskini.

INSTALLER MAWARSOFT SALES


Mawarsoft Sales 10 Installer - 30 days trial

File size:72.2 MB
Download time:01m 31s
Hits:10



Ini adalah installer lengkap untuk aplikasi Mawarsoft Sales 10. Ianya mengandungi item-item berikut:

1. Installer untuk perisian Mawarsoft Sales.
2. Installer untuk perisian Mawarsoft Customer Display.
3. Installer untuk perisian Mawarsoft Sales Screen.
4. Installer untuk perisian Mawarsoft FlitGate Basic.
5. Buku Panduan Pemasangan format PDF.
6. Buku Panduan Penggunaan format PDF.


Bagi pemasangan melalui GoUpdate sila gunakan kod update "MSLS10" untuk Mawarsoft Sales dan "MFGB" untuk Mawarsoft FlitGate Basic.

INSTALLER MAWARSOFT ACCOUNTING


Mawarsoft Accounting 10 Installer - Free

File size:26.2 MB
Download time:08s
Hits:5



Ini adalah installer lengkap untuk aplikasi Mawarsoft Accounting 10. Ianya mengandungi item-item berikut:

1. Installer untuk perisian Mawarsoft Accounting.
2. Installer untuk perisian Mawarsoft FlitGate Basic.

Mawarsoft Accounting adalah perisian perakaunan yang serasi dengan sistem Mawarsoft. Perisian ini diperlukan untuk menghasilkan lapuran perakaunan seperti Penyata Aliran Tunai, Penyata Pendapatan dan Penyata Imbang Duga. Untuk maklumat lanjut tentang perisian ini, sila layari laman Mawarsoft Accounting.

BELI KUNCI PRODUK

Sekiranya anda berminat dengan perisian ini dan mahu mendapatkan Kunci Produk (Product Key) untuk pengaktifan, sila whatsapp ke nombor 019-7100696 untuk mendapatkan sebutharga. Sila berikan maklumat berikut:

1. Nama produk yang dikehendaki.
2. Nama (personal atau syarikat).
3. Alamat penuh.

Kunci Produk juga boleh dibeli di Shopee.



fastened blogs

Tentang Mawarsoft Sales

Tutorial

latest from blog