SRCSB.COM 
(609) 7607027
Whatsapp (6019) 7100696
admin@srcsb.com

Qari CD Dalam "100 HOURS NON-STOP RECITAL QURAN"

0 CommentsInvalid 12:00

24 Oktober 2009: Gambar ini disiarkan di dalam kolum "Gigs" Harian Metro bertarikh 20 September 2009. Ianya merupakan liputan mengenai kejayaan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakarkan nama di dalam Malaysia Book of Record selepas menamatkan misi "Tadarus al-Quran Selama 100 Jam Tanpa Henti". Tahniah kepada UMT di atas kejayaan tersebut. Apa yang lebih menarik perhatian kami tentang foto di atas ialah gambar al-Quran yang dipaparkan pada komputer di sebelah kanan peserta. Tidak pasti apa fungsinya di dalam misi ini, tetapi yang pasti ianya adalah "Qari CD", salah satu dari produk kami yang paling popular. Kami juga turut berasa bangga dan bersyukur kerana produk kami telah diiktiraf dan digunakan di dalam majlis yang besar seperti ini. - (CFoo++)

leave a comment