Mawarsoft Real Estate 
Whatsapp (6019) 7100696 (Whatsapp Only)
admin@srcsb.com

CARA MEMASANG MAWARSOFT REAL ESTATE MENGGUNAKAN INSTALLER

Rokman Semail0 Comments17-02-2026 10:07

Untuk menggunakan perisian Mawarsoft Real Estate, anda perlu memasangnya terlebih dahulu ke komputer. Sekiranya anda hanya menggunakan satu komputer, perisian server Mawarsoft FlitGate Basic juga perlu dipasang bersama.

Untuk memasang Mawarsoft Real Estate dan Mawarsot FlitGate Basic, sila ikut langkah-langkah berikut:




Anda boleh mendapatkan fail installer Mawarsoft Real Estate dengan cara memuat turun fail "Mawarsoft Real Estate 10.zip" daripada laman utama produk ini. Sila tekan pautan "Mawarsoft Real Estate 10 Installer".

Anda juga boleh mendapatkan installer dengan membeli kunci produk bersama pendrive berbentuk kad kredit di Shopee.

Buka fail .zip atau pendrive yang mengandungi installer Mawarsoft Real Estate, kemudian buka folder "Mawarsoft Real Estate 10".

Jalankan fail "setup.exe", kemudian ikuti setiap arahan yang diberikan oleh program installer dan tunggu sehingga pemasangan selesai.

Sekiranya anda menggunakan hanya satu komputer, perisian server Mawarsoft FlitGate perlu dipasang bersama. Untuk memasang Mawarsoft FlitGate anda perlu mengulang langkah dua dengan membuka folder "Mawarsot FlitGate Basic 10", kemudian jalankan fail "setup.exe" di dalamnya.

Setelah selesai memasang perisian yang dikehendaki, sila restart komputer anda. Ini bagi memastikan perisian FlitGate dijalankan. Setelah itu anda boleh mula menggunakan perisian Mawarsoft Real Estate.

leave a comment