Mawarsoft Real Estate 
Whatsapp (6019) 7100696 (Whatsapp Only)
admin@srcsb.com

CARA MEMASANG MAWARSOFT REAL ESTATE MELALUI GO-UPDATE

Rokman Semail0 Comments17-02-2026 10:07

Pemasangan Mawarsoft Real Estate biasanya dilakukan menggunakan installer. Walau bagaimana pun terdapat cara lain untuk memasang Mawarsoft Real Estate ke komputer anda iaitu melalu perisian GoUpdate. Pemasangan melalui cara ini memberi kelebihan mudah diupdate apabila terdapat penambahbaikan.

Pemasangan dengan kaedah ini memerlukan komputer anda online dan boleh mengakses internet. Untuk memasangan perisian Mawarsoft Real Estate dan FlitGate Basic (program server) ke komputer anda, sila ikut langkah-langkah berikut:

Nota! Memasang Mawarsoft Real Estate dan FlitGate ke komputer yang sama membolehkan komputer tersebut digunakan secara bersendirian (stand alone).




Lawati laman sesawang "http://www.srcsb.com/GoUpdate/", kemudian klik pautan "Click here to run Go Update". Apabila selesai, fail GoUpdate.exe akan dimuat-turun dan disimpan di folder "Download".

Menggunakan "File Explorer", buka folder "Download" dan jalankan program "GoUpdate.exe".

Apabila GoUpdate dijalankan, kotak dialog seperti di atas akan dipaparkan. Masukkan kod "MRE10" kemudian tekan butang [Start Update]. Tunggu sehingga pemasangan selesai.

Untuk memasang perisian server Mawarsoft FlitGate Basic, jalankan perisian GoUpdate sekali lagi. Kali ini masukkan kod "MFGB". Tekan [Start Update] dan tunggu sehingga pemasangan selesai.

Restart komputer anda. Tujuan restart adalah bagi memastikan server FlitGate dijalankan. Perisian ini dijalankan secara automatik apabila komputer di restart.

Sekarang anda boleh mula menggunakan perisian Mawarsoft Real Estate. Untuk menjalankan Mawarsoft Real Estate anda hanya perlu menekan ikon Mawarsoft Real Estate 10 di atas desktop.

leave a comment