Untitled Document
LogoGovernment Asset Spider (GAS)
Sistem Pengurusan Aset Kerajaan Berkomputer
Muat-turun | Pemasangan | | Menaik Taraf | Beli Kunci Produk
Dot
Home Laman Utama | News Berita |
bar
Untitled Document

Mendaftar Aset Dan Inventori

Merekodkan Pemeriksaan Aset

Merekodkan Pelupusan Aset

Merekodkan Lelongan Aset

Merekodkan Kehilangan Aset

Modul Profil Organisasi

Modul Pengesahan

  VertBar
ghbar  
DOKUMEN PDF
g
g

 
 
 
DI FACEBOOK

 
   
 
SHOUT BOX

 
IKLAN
 
Untitled Document
Penggunaan Kali Pertama

Pada masa ini anda sepatutnya telah memasang perisian GAS dan FlitGate ke komputer-komputer yang sesuai di dalam rangkaian dan bersedia untuk memulakan GAS untuk kali pertama. Sebelum memulakannya sila pastikan perisian FlitGate telah dijalankan pada komputer server. Biasanya FlitGate tidak kelihatan di atas skrin walaupun sedang beroperasi tetapi ikon (FGBIcon) akan dipaparkan sebagai petunjuk pada "Task bar" komputer server. Untuk pengetahuan, FlitGate akan dijalankan secara automatik apabila komputer server dihidupkan.


Menjalankan GAS
Untuk menjalankan perisian GAS, sila klik pada ikon BSIcon di atas dektop komputer anda. Skrin Pengaktifan Produk seperti yang ditunjukkan dibawah akan dipaparkan. Sila langkau skrin ini dengan menekan butang [Cancel]. Buat masa ini kita tidak akan membincangkan tentang pengaktifan produk, lagi pun anda masih menpunyai masa selama 30 hari untuk menggunakan perisian ini secara percuma.

ProductActivation

 
Log Masuk ke GAS

Apabila GAS dijalankan, anda perlu melogin untuk mengakses data di server. Ini merupakan kaedah biasa untuk tujuan keselamatan. Login ke database perlu dilakukan melalui skrin "Log Masuk" seperti yang ditunjukkan di bawah:

Login

Skrin ini akan dipaparkan secara automatik apabila anda menjalankan GAS untuk kali pertama. Terdapat beberapa parameter yang perlu dimasukkan sebelum melogin iaitu "Lokasi", "Pengenalan Diri" dan "Kata Laluan".

Sila isikan ruangan "Lokasi" dengan alamat server yang digunakan. Sekiranya anda menggunakan klien dan server di atas komputer yang sama, sila isikan "localhost" diruangan ini. Untuk kegunaan didalam intranet, anda boleh menggunakan samada "nama komputer" atau nombor ip komputer server. Jika server diakses melalui internet, ruangan ini hendaklah diisi dengan nama domain atau nombor ip server tersebut.

"Pengenalan Diri" and "Kata Laluan" adalah kunci untuk melogin. Untuk melogin kali pertama sila gunakan "Admin" sebagai pengenalan diri dan tinggalkan kosong ruangan kata laluan. Apabila semua parameter telah diisi, sila tekan butang [Log Masuk] untuk melogin.
 
 
SR.Com
©2008-2013 Siliconetics Research Corporation Sdn. Bhd. (748757 V)