
Untuk menggunakan perisian Mawarsoft Digital Furqan, anda perlu memasangnya terlebih dahulu ke komputer.Untuk memasang Mawarsoft Digital Furqan, sila ikut langkah-langkah berikut:

Anda boleh mendapatkan fail installer Mawarsoft Digital Furqan dengan cara memuat turun fail "Mawarsoft Digital Furqan 10.zip" daripada laman utama produk ini. Sila tekan pautan "Mawarsoft Digital Furqan 10 Installer".
Anda juga boleh mendapatkan installer dengan membeli kunci produk bersama pendrive berbentuk kad kredit di Shopee.

Buka fail .zip atau pendrive yang mengandungi installer Mawarsoft Digital Furqan, kemudian buka folder "Mawarsoft Digital Furqan 10".

Jalankan fail "setup.exe", kemudian ikuti setiap arahan yang diberikan oleh program installer dan tunggu sehingga pemasangan selesai. Apabila pemasangan selesai, ikon "Mawarsoft Digital Furqan 10" akan dihasilkan di atas desktop.

Sekarang anda boleh mula menggunakan perisian Digital Furqan. Untuk menjalankan Digital Furqan, sila klik pada ikon "Mawarsoft Digital Furqan 10" di atas desktop.
leave a comment