
Pemasangan Mawarsoft Digital Furqan biasanya dilakukan menggunakan installer. Walau bagaimana pun terdapat cara lain untuk memasang Mawarsoft Digital Furqan ke komputer anda iaitu melalu perisian GoUpdate. Pemasangan melalui cara ini memberi kelebihan mudah diupdate apabila terdapat penambahbaikan.
Pemasangan dengan kaedah ini memerlukan komputer anda online dan boleh mengakses internet. Untuk memasangan perisian Mawarsoft Digital Furqan ke komputer anda, sila ikut langkah-langkah berikut:

Lawati laman sesawang "http://www.srcsb.com/GoUpdate/", kemudian klik pautan "Click here to run Go Update". Apabila selesai, fail GoUpdate.exe akan dimuat-turun dan disimpan di folder "Download".

Menggunakan "File Explorer", buka folder "Download" dan jalankan program "GoUpdate.exe".

Apabila GoUpdate dijalankan, kotak dialog seperti di atas akan dipaparkan. Masukkan kod "MDF10" kemudian tekan butang [Start Update]. Tunggu sehingga pemasangan selesai. Apabila selesai, ikon "Mawarsoft Digital Furqan 10" akan dihasilkan di atas desktop.

Sekarang anda boleh mula menggunakan perisian Mawarsoft Digital Furqan. Untuk menjalankan Mawarsoft Digital Furqan anda hanya perlu menekan ikon Mawarsoft Digital Furqan 10 di atas desktop.
leave a comment