Mawarsoft Digital Furqan 
Whatsapp (6019) 7100696 (Whatsapp Only)
admin@srcsb.com

MEMUAT-TURUN KANDUNGAN

Rokman Semail0 Comments12-02-2026 06:47

Kandungan Al-Quran lalai (default) (iaitu kandungan yang tersedia pada bila-bila masa) untuk Digital Furqan tidak disertakan semasa pemasangan. Ia perlu dimuat-turun melalui perisian Digital Furqan setelah selesai pemasangan.

Kotak dialog seperti di atas akan dipaparkan apabila anda menjalankan perisian Digital Furqan untuk kali pertama dan kandungan lalai belum dimuat-turun. Terdapat 3 kaedah untuk memuat-turun kandungan lalai iaitu:

1. Media installer
2. Kadungan yang telah disalin ke folder
3. Kandungan dari internet

Berikut adalah penenrangan untuk setiap kaedah tersebut:




Untuk memuat-turun kandungan dari media installer, sila ikut langkah-langkah berikut:

1. Masukan media installer (CD, DVD atau pendrive) ke pemacu atau pot USB.

2. Tekan opsyen "Update default musha from installer media".

3. Tunggu sehingga sistem selesai meyalin kandungan ke HDD lokal.

Fungsi ini adalah untuk menyalin kandungan yang telah disalin ke mana-mana peranti penyimpanan. Untuk melakukannya, sila ikut langkah-langkah berikut:

1. Tekan opsyen "Update default mushaf from directory"

2. Pilih direktori di mana salinan kandungan disimpan, kemudian tekan [OK].

3. Tunggu sehingga sistem selesai menyalin kandungan.

Untuk memuat-turun kandungan dari internet (cloud), sila ikut langkah-langkah berikut:

1. Pastikan komputer anda mempunyai akses ke internet.

2. Tekan opsyen "Update default musha from internet".

3. Tunggu sehingga sistem selesai meyalin kandungan ke HDD lokal.

Kandungan yang telah dimuat-turun boleh dikemaskini bila-bila masa melalui menu "Update Default Mushaf".

leave a comment